Pada 17 November 2011(khamis) TCI Taman Tengku Maheran
telah mengadakan aktiviti membuat sandwich telur bagi mengakhiri
aktiviti persekolahan tahun 2011. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah
untuk memberi satu pengalaman baru kepada anak-anak kecil dalam
dunia masakan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mewujudkan semangat
kerjasama dan tolong-menolong diantara mereka.
Bermacam ragam dapat disaksikan pada hari tersebut. Ada yang
berebut-rebut nak pecahkan telur, pukul telur dan sebagainya. Walau
bagaimana pun semua murid dapat melakukan aktiviti tersebut dengan
adil dan berjalan lancar. Seronok melihat telatah anak-anak kecil yang
tekun membuat sandwich sehingga terlupa guru ada bersama mereka.
Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan guru sepanjang