twitter
rss

                                             

                                                                 MASIH DALAM BINAAN






                                       
 Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir
 dan Batin dari seluruh warga Tadika Cahaya Idaman.



Bersalam-salaman memohon kemaafan sesama rakan.



Pelbagai aneka kuih muih yang dibawa oleh murid-murid TCI. 
Urmmmmm....semuanya sedap-sedap!!!



"Selamat Hari Raya cikgu, mintak maaf banyak-banyak. Janji tak nakal lagi"



1...2...3...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!



Khusyuknya makan.




 Peace!!!

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog Tadika Cahaya Idaman (TCI). Blog ini berperanan memberi maklumat kepada pengguna mengenai tadika ini yang beroperasi sejak 2001 lagi.

Tadika Cahaya Idaman ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYAIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

selamathariraya-zabil.gif

dalam sibuk beraya tu jangan lupa kunjungi blog Tadika Cahaya Idaman ye!!



NAMA & ALAMAT

   Tadika Cahaya Idaman
   No. 420 & 421, Jalan TS/2/4,
   Taman Suria 2,
   06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
   (Pendaftaran dibuka sekarang) 

    Tadika Cahaya Idaman (c) 
   No. 916 & 917, Taman Tengku Maheran,
   06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
   (Pendaftaran dibuka sekarang)

   Tadika Cahaya Idaman (c)
   No. 81, Jalan Teja 4,
   Taman Teja,
   06010 Changlun, Kedah Darul Aman.
   (Pendaftaran akan dibuka pada 5 Disember 2011)


SEJARAH


TADIKA CAHAYA IDAMAN (TCI) ditubuhkan sejak tahun 2001 dan didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. TCI diasaskan oleh Puan Endon binti Ismail, P.P.N., P.C.K. yang pernah berkhidmat selama 25 tahun dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam tempoh masa tersebut, beliau berpengalaman sebagai seorang guru, guru penolong kanan, guru besar dan pegawai teknologi pendidikan. Beliau juga turut berpengalaman sebagai penceramah dalam bidang pengajaran-pembelajaran dan Kemahiran Berfikir disamping terlibat dengan program Sekolah Bestari.
Setelah menamatkan perkhidmatannya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau telah menghadiri beberapa kursus berkaitan prasekolah. Antaranya ialah : Kursus Perguruan Prasekolah (USM), Kursus Pengurusan Tadika (Jabatan Pelajaran Kedah), Kursus Asas Pengurusan Tadika (Pejabat Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu) dan Kursus Pertumbuhan, Perkembangan dan Penjagaan Kanak-kanak (Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia).
TCI mampu menjadi sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang unggul, hebat dan berkualiti. Ahli Lembaga Pengelola telah dilantik di bawah pimpinan Encik Ahmad Rakhli bin Hassan, A.M.K., seorang tokoh ilmuan, pakar motivasi dan pemimpin yang berwibawa serta berkaliber dalam menentukan halatuju TCI kearah dinamik, efektif dan berprestij.

FALSAFAH


TADIKA CAHAYA IDAMAN (TCI) berpegang kepada falsafah “Pembangunan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan berterusan dapat digarap, dipupuk dan direalisasikan melalui sistem persekolahan dan pembelajaran yang dinamis, menarik, seronok, bermakna dan berkesan. Usaha ini adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti dan dapat memenuhi keperluan negara.”