Dalam dok sibuk nak cuti akhir tahun, TCI sempat lagi mengadakan aktiviti
memasak untuk murid-murid yang tersayang. Pada 16 November 2012.
TCI Taman Suria telah mengadakan aktiviti membuat kek coklat. Urmmmmm!!!
Dengar kek coklat rasa terliur pulak.Hihihih. Seronak bukan main murid-murid
TCI apabila mereka dapat membuat kek coklat beramai-ramai. Berebut-rebut
nak tolong cikgu sediakan adunan kek. Ada yang tolong pecahkan telur,
pukul telur,mentega,gula dan sebagainya. Semuanya dilakukan sendiri oleh
murid-murid TCI dengan bimbingan guru. Ternyata memang ada bakat di dalam
diri anak-anak kecil ini untuk menghasilkan kek. Setelah siap menghasilkan
adunan kek, tibalah masa untuk mengukus kek tersebut. Lebih Kurang 45 minit,
siaplah kek coklat yang dinanti-nantikan semua. Tak sabar murid-murid nak
rasa kek yang dihasilkan mereka sendiri. Ternyata memang menjadi kek yang
dihasilkan oleh anak-anak kecil ini. Sedap!!!! Ituah ayat yang keluar dari mulut
mereka. Ada murid yang nak cuba buat dirumah, nak bawa pulang kek pun
ada. Nak bagi mak rasa kek yang adik buat di sekolah katanya. Macam-macam
ragam mereka. Walau apa pun inilah yang dinamakan pengalaman.
Pengalaman mencuba suatu benda baru di tadika mereka. Nantikan gambar-
gambar menarik yang sempat dirakamkan semasa aktiviti tersebut.
|